September 8, 2008

Usul 20

Usul 20

TAJUK-TAJUK USUL 20

1. Islam adalah agama yang menyeluruh dan lengkap.

2. Al-Quran dan As-Sunnah adalah rujukan asas dalam perundangan Islam.

3. Iman sejati, ibadah yang sah dan perjuangan mempunyai cahaya dan kemanisan di dalam hati. Ilham, lintasan hati, mimpi tidak boleh dijadikan dalil hukum Agama.

4. Tangkal, jampi selain ayat Al-Quran dan Hadis serta mendakwa tahu hal ghaib (yang belum berlaku) adalah munkar yang wajib dibenteras.

5. Keputusan pimpinan dalam organisasi wajib dilaksanakan dalam perkara maslahat, yang tiada nas atau ada nas tetapi mempunyai berbagai tafsiran.

6. Kata-kata seseorang selain Rasulullah saw tidak semestinya betul dan diterima.

7. Seorang yang belum pakar dalam Feqah, ikutlah salah satu dari 4 Mazhab tanpa taksub. Terimalah pandangan mazhab lain jika dalilnya lebih kuat.

8. Perbezaan dalam Feqah jangan membawa kepada perpecahan hati.

9. Jauhi perdebatan Feqah yang tidak membawa kepada tindakan amali.

10. Kita beriman kepada Ayat-ayat Sifat tanpa menafsir atau menolaknya.

11. Semua Bid’ah yang tiada asas Syarak adalah munkar yang wajib dibenteras.

12.Bid’ah Idafiah, Bid’ah Tarkiah, Bid’ah Iltizamiah adalah khilaf ulamak.

13. Keramat boleh berlaku pada Wali-wali Allah, namun mereka tidak boleh memberi menfaat atau mudharat kepada diri mereka, apatah lagi kepada orang lain.

14.Ziarah kubur adalah sunnah Rasulullah saw. Jangan dicampur dengan Bid’ah.

15. Tawassul dalam berdoa adalah khilaf ulamak dan bukan dalam masalah Aqidah.

16.Dalam mengeluarkan hukum, Syarak merujuk kepada intipati sesuatu perkara dan bukan nama yang dipakai orang ramai. Contoh “Faedah Bank”.

17. Amal hati lebih utama dari amal anggota. Kedua-duanya penting.

18.Islam mengangkat peranan akal manusia.

19.Tiada pertembungan diantara Syarak dan ilmu Sains yang sahih.

20.Kita tidak mengkafirkan orang Islam melainkan dengan syarat-syarat yang ketat.

Taken from blog http://perjalananjauh.wordpress.com/

Apa usul 20 ni? Kene tunggu ada masa utk menulis … Kalau berminat sgt nak tahu? Leh la kontek dakwah ilahi atau ana muslim personally..

September 7, 2008

Virtues of Ramadan

By Sheikh Yasir Qadhi…

September 5, 2008

Tadabbur

BismillahirRahmanirRaheem..

(Ingatlah), kamu ini adalah orang-orang yang bertabiat demikian kamu diseru supaya menderma dan membelanjakan sedikit dari harta benda kamu pada jalan Allah,

maka ada di antara kamu yang berlaku bakhil, padahal sesiapa yang berlaku bakhil maka sesungguhnya dia hanyalah berlaku bakhil kepada dirinya sendiri dan (ingatlah) Allah Maha kaya (tidak berhajat kepada sesuatupun), sedang kamu semua orang-orang miskin (yang sentiasa berhajat kepadaNya dalam segala hal)

dan jika kamu berpaling (daripada beriman, bertakwa dan berderma) Dia akan menggantikan kamu dengan kaum yang lain; setelah itu mereka tidak akan berkeadaan seperti kamu.

(Surah Muhammad :38)

(Here you are now invited to spend in Allah’s cause; but among you are those who withhold (stingily).) meaning, they refuse to spend. Allah continues,

(And whoever acts stingily is but stingy toward himself.) meaning, he only reduces his own rewards, and the bad outcome of that will come back to him.

(For Allah is indeed Al-Ghani) Allah is in need of nothing else, whereas everything is ever in need of Him. Thus, Allah says,

(while you are the needy.) meaning, specifically of Him. The description of Allah as Al-Ghani (in no need) is a necessary description of Allah; on the other hand, the description of the creation as Faqr (needy) is a necessary description for them that they cannot avoid. Allah then says,

(And if you turn away, ) which means, if you turn away from obeying Him and adhering to His Laws.

(He will replace you with other people; then they will not be like you.) meaning, rather, they will be people who will listen to Him and obey His commands.

And Allah is worthy of all praise and gratitude…

Taken from tafsir ibnu kathir…

Sama2 kita ponder upon ayat di atas………

September 2, 2008

Ikhlas

Sila klik pada gambar utk besarkan
Komik ni diambil dari senikehidupan.com

Assalamualaikum wr wbt semua…

Rasa terpanggil nak post komik ni bila menyinggah di senikehidupan.com. ..

Mula2 tu memang susah kengkadang kalau nak mengikhlaskan diri buat apa2 saja…lagi2 lah kalau benda yg kita tahu bukan sepatutnya kita yg buat, tapi org lain…tapi ada reminder yg kita leh belajar drp komik diatas… kalau susah nak paksa diri buat sesuatu tu, leh cuba melihat kerja itu dengan perspektif yang lain…

Contohnya, susahnya study ni…kenapa la aku perlu buat measurement ni berpuluh kali, silap guna satu skrew pun kene repeat dengan dua skrew plak…bukan setakat tu, kene pulak tunjuk kesungguhan dan aspirasi yg tinggi walaupun sebenarnya dah takde motivasi…

Satu lagi pengajaran, kengkadang tu baik sahaja kita beralah, niatkan kerana Allah… memang la susah betul nak beralah, lagi2 org yg nak kita beralah tu yang lagi patut beralah… tapi…dengan niat yang betul, inshaAllah kita akan dpt pahala dengan beralah itu…

Saja tulis tazkirah ni sambil2 fikir nak balik umah dan masak :)

Selamat Berpuasa!

August 28, 2008

AHLAN WA SAHLAN YA RAMADHAN

Assalamualaikum wr wbt pengunjung2 sekalian,

Mari kita sama2 bersiap sedia menyambut bulan Ramadhan yg mulia ini… moga2 Allah menerima segala amalan kita, ameen…

Allahumma ballighna Ramadhan….ameen

Berikut adalah peringatan buat kita semoga menjadi antara yg keluar dari madrasah Ramadhan dengan cemerlang…

Dan tetap tekunlah engkau memberi peringatan, kerana sesungguhnya peringatan itu mendatangkan faedah kepada orang-orang yang beriman. (51:55)


1. Mujaahadah: jihad melawan nafsu

Dan orang-orang yang berusaha dengan bersungguh-sungguh kerana memenuhi kehendak agama Kami, sesungguhnya Kami akan memimpin mereka ke jalan-jalan Kami (29:69)

Mahukan petunjuk, hidayah? Mahu istiqamah? Berjihadlah melawan nafsu sendiri , sesungguhnya jika kita mendekatkan diri kpd Allah, Allah pasti akan datang dekat dengan kita.


2. Mempunyai aspirasi tinggi dan semangat yg kuat

Ibnul Jawzi berkata, “Tanda minda yang lengkap adalah tinggi aspirasi, sesungguhnya mrk yang rendah aspirasi adalah memalukan, dan aku tidak melihat sesiapa yang kurang upaya lebih daripada mrk yang boleh melakukannya tetapi tidak beraspirasi mendapatkannya.”


3. Mengetahui fadhilat bulan Ramadan dan kelebihan2nya

Sesiapa yang mengetahui sesuatu akan mula menjadi cinta dan menghargainya. Sekiranya tiada sesuatu itu pada bulan Ramadan kecuali Lailatul qadr, iaitu malam yang lebih baik daripada seribu bulan, maka itu sudah mencukupi.


4. Menyedari Ramadan hanya lah sebulan dan betapa cepatnya ia berlalu

beberapa hari yang tertentu…” (2:184) [Daripada ayat, “Puasa yang diwajibkan itu ialah) beberapa hari yang tertentu; maka sesiapa di antara kamu yang sakit atau dalam musafir, (bolehlah dia berbuka), kemudian wajiblah dia berpuasa sebanyak (hari yang dibuka) itu pada hari-hari yang lain;”].

Semalam kita mengucapkan tahniah diatas kedatangan Ramadan, hari ini kita mengucapkan takziah atas pemergian Ramadan. Beginilah bagaimana hari2 dan hidup kita berlalu begitu cepat. Ayuh sama2 kita mengutip pahala2 di bulan penuh barakah ini.


5. Berlumba-lumba dalam melakukan amal soleh

Orang2 soleh berlumba2 melakukan amal2 soleh, manakala mereka yang lain hanyalah banduan kepada nafsu dan hamba kepada kemahuan diri sendiri.

Kemudian Kami jadikan Al-Quran itu diwarisi oleh orang-orang yang Kami pilih dari kalangan hamba-hamba Kami; maka di antara mereka ada yang berlaku zalim kepada dirinya sendiri (dengan tidak mengindahkan ajaran Al-Quran) dan di antaranya ada yang bersikap sederhana dan di antaranya pula ada yang mendahului (orang lain) dalam berbuat kebaikan dengan izin Allah. Yang demikian itu ialah limpah kurnia yang besar (dari Allah semata-mata). (35:32)


6. Mengingati mati yang datangnya pasti bila2 masa sahaja

Kita mungkin tidak berjumpa Ramadan yang seterusnya, ayuh segera imarahkan bulan mulia ini!

Moga Allah mengganjari syurga buat kita seisi keluarga…ameen!

Taken and translated from http://www.islaam.com/Article.aspx?id=657

August 18, 2008

Ade 3 org room mates

Sila klik gamba utk besarkan komik.
Diambil dari Buletin Karisma Edisi 1, Mac 2008 dan blog http://zaidmujahid.blogspot.com/

Assalamualaikum wr wbt,

Rasanya amat menarik komik ni…. moga yg melukis mendapat ajr yg setimpal daripada Allah, ameen…

Tertarik untuk komen sedikit..komik ni bukannya untuk menghalang kita atau melemahkan semangat kita untuk mengikut sunnah nabi muhammad s.a.w secara keseluruhan….namun..ramai daripada kita di zaman akhir zaman ini, lebih suka ‘linger around’ dengan sunnah yg kecil (although it is very good to follow and encouraged to) tetapi melupakan sunnah yang lebih besar , yang dimana Rasulullah s.a.w berhabis-habisan, bermati-matian untuk menunaikan nya… iaitu berdakwah – menyeru manusia ke jalan yg lurus, mengajak manusia kearah kebenaran…. menghalang manusia membuat mungkar di bumi Allah ini….

Ayuh rakan2 semua.. kita nilai balik diri kita…di manakah kita? Janganlah kita rugi dan tertinggal gerabak keretapi yang menuju keredhaan Allah itu….Allah berjanji, jika kita tidak mahu melakukannnya, nescaya ada sekumpulan manusia yang lain yang akan mengotakannya…
jika itu terjadi…siapakah yang merugi??

Tepuk dada, sila tanya iman anda…………

August 11, 2008

Doa

Ya Allah, bukakanlah ke atas kami hikmatMu dan limpahilah ke atas kami khazanah rahmatMu,wahai Tuhan Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.Wahai Tuhanku, tambahkanlah ilmuku dan luaskanlah kefahamanku.Wahai Tuhanku, lapangkanlah dadaku dan mudahkanlah urusanku

Ya Allah, Berilah kefahaman kepadaku seperti kefahaman Nabi-nabi,
berilah kehafalan kepadaku seperti kehafalan rasul-rasul dan mendapat ilham daripada malaikat-malaikat yang hampir dengan-Mu
. Berselawat Allah kepada Junjungan Besar nabi Muhammad s.a.w., keluarga dan para sahabatnya.

August 7, 2008

Perkemas 08

August 6, 2008

Utusan Buat Diriku dan Saudara-saudaraku

Akan kuatkah kaki yang melangkah

Bila disapa duri yang menanti

Akan kaburkah mata yang memandang

Pada debu yang pasti kan hinggap

(The Zikr: Suci Sekeping Hati)

Bismillaahirrahmaan irrahiim.

Assalamualaikum w.b.t.

Utusan ini ditujukan khas buat diriku dan saudara-saudaraku yang disayangi…

Hayati bait-bait nasyid di atas…begitu putaran kehidupan seorang da’ie, saat-saat sulit pasti kan bertandang, saat-saat gelisah dan sedih pasti bertamu, dan suatu masa ujian dan cubaan pasti tiba. Ujian ini boleh datang dari pelbagai bentuk dan ia bersifat kunjung dan pergi dalam diari hidup seorang daie.

Kita sama-sama mengakui bahawa jalan ini tidak mudah dan kita tidak dapat menjangka bilakah kesudahannnya. Ia adalah perjalanan yang sangat panjang dan penuh berduri. Namun yakinlah wahai diriku dan saudara-saudaraku, sesungguhnya inilah jalan yang telah dilalui oleh Rasul mulia dan para sahabat baginda sebagaimana Allah Subhanahu Wa Ta’la telah menukilkannya di dalam Al-Quran yang bermaksud:

“Kalau yang kamu (Muhammad) serukan kepada mereka itu keuntungan yang mudah diperoleh dan perjalanan yang tidak berapa jauh, pastilah mereka mengikutimu, tetapi tempat yang dituju itu amat jauh terasa oleh mereka.”

(At-Taubah, 42)

Kita juga sedar, di dalam rangka kita meneruskan kerja-kerja ‘kita’ terkadang kaki kita tersadung dan tersepak batu. Dan adakalanya kita tersungkur menyembah bumi kerana jalan yang di lalui penuh dengan liku, lopak, licin dan juga berbatu.

Namun sedarilah wahai diriku dan saudara-saudaraku, sememangnya Allah Subhanahu Wa Ta’la akan menguji hambanya sehingga Dia tahu siapakah yang benar-benar beriman dan sanggup berjihad di jalannya, dan siapakah pula yang benar-benar bersabar. Kerana syurga Allah itu terlalu mahal harganya dan syurga Allah itu begitu manis, lantaran itu ia perlu dibayar dengan mahar yang tinggi dan bukan sedikit keperitan dan kepahitan.

Allah Subhanahu Wa Ta’la telah menjelaskannya di dalam Al-Quran yang bermaksud:

“Apakah kamu mengira bahawa kamu akan masuk syurga, padahal belum nyata bagi Allah orang-orang yang berjihad di antaramu, dan belum nyata orang-orang yang sabar.”

(Al-Baqarah, 142)

Duhai diriku dan saudara-saudaraku yang dicintai…

Carilah kekuatan tatkala dirimu diuji. Usah menoleh ke kiri dan ke kanan lagi. Kekuatan itu telah ada jawapannya di dalam nubarimu namun ia perlu disiram dan digilapi lagi agar cahayanya bisa menghapus kesuraman hatimu dan membangkit semangatmu untuk berdiri semula.

Mintalah pertolongan Allah dengan jalan sabar dan solat. Ubatilah hatimu dengan nur Quran, menghidupkan malam, dan sentiasalah memperbaharui taubatmu. Selalulah berkumpul dengan orang-orang soleh, memperbanyakkan saum sunat, dan zikrullah. Di samping sentiasa memaafkan saudaramu dan berlapang dada terhadap perbedaan-perbedaan fikiran yang lahir dari latarbelakang yang pelbagai.

Kemudian sentiasalah berdoa sebagaimana insan yang paling mulia, Rasulullah S.A.W. yang selalu sujud menghadap Rabbnya, yang berdoa di keheningan malam:

“Ya Allah, Dzat yang membolak-balikkan hati dan penglihatan, tetapkanlah hatiku di atas agama-Mu. Kemudian ya Allah, limpahkanlah keredhaan atas segenap sahabat dan siapa saja yang berjalan di atas jalan mereka serta teguhkanlah mereka di atas jalannya.”

Di dalam doa ini, Rasulullah S.A.W. tidak hanya berdoa untuk dirinya bahkan dengan sungguh-sungguh baginda juga mendoakan para sahabat baginda dan juga orang-orang yang mengikuti jalan baginda dan para sahabat.

Sekiranya kau meyakini bahawa kau sedang mengikuti jalan yang dilalui oleh baginda dan para sahabat, maka usahlah bersedih duhai diri dan duhai saudara-saudaraku, kerana kau telah didoakan oleh makhluk yang paling agung di dunia…

Berdoalah…untuk dirimu dan saudara-saudaramu. Sesungguhnya doa seorang sahabat kepada sahabatnya adalah sumber kekuatan yang sangat ma’nawi apatahlagi sekiranya seorang sahabat itu tidak mengetahui bahawa sahabatnya sentiasa mendoakannya. Indahnya ukhuwwah andai semua saling doa-mendoai dalam keadaan saudaranya itu tidak mengetahuinya.

Seterusnya duhai diriku dan saudara-saudaraku, carilah kekuatan di dalam ukhuwwah. Sentiasalah gabungkan dirimu bersama para ikhwah (bagi ikhwah) dan para akhawat (bagi akhawat) yang bersifat hanif dan sentiasa ikhlas bekerja demi ghayah nan satu. Carilah mereka, walau di ceruk manapun mereka berada. Dengan itu, sudah pasti kau kan temui mereka walaupun mereka seorang yang tidak dikenali.

Dan yang terakhir duhai diriku dan saudara-saudaraku, andai langkahmu melemah dan dirimu memerlukan seteguk kedamaian, maka ciciplah kedamaian itu…moga esoknya kau kembali ceria dan selepas itu kau bisa bangkit berjuang semula bersama saudara-saudara yang sedang menantimu.

Penyair Islam, Muhammad Iqbal rahimullah pernah mengungkapkan:

Masing-masing bersatu dengan saudaranya

Laksana ikatan untaian mutiara yang tergantung

Kerana mengerti peperangan adalah hidupnya

Setiap peribadi memegang erat saudaranya

Kemudian lafazkanlah doa ini:

Ya Allah,

Sesungguhnya aku memohon kepada-Mu suatu kebaikan,

pekerjaan yang baik, meninggalkan kemungkaran,

mencintai orang yang lemah, dan agar Engkau mengampuniku

serta memberi curahan rahmat kepadaku.

Bila Engkau menghendaki cubaan bagi hamba-Mu,

maka selamatkanlah aku untuk dapat kembali menghadap-Mu

dalam selamat dan tidak menjadi korban dari cubaan tersebut.

Ya Allah,

Sesungguhnya aku memohon kepada-Mu

agar menumbuhkan rasa cinta kepada-Mu dalam dadaku,

kecintaan terhadap orang yang mencinta-Mu

dan kecintaan terhadap amal yang mendekatkan aku

kepada cinta-Mu.

Ya Allah,

peliharalah aku dalam keislaman ini

baik ketika berdiri, duduk atau berbaring.

Dan janganlah Kau legakan hati musuh-musuh

yang dengki itu atas bencana yang menimpa kami.

Ya Allah,

Sesungguhnya aku memohon kepada-Mu

seluruh kebaikan yang ada pada kekuasaan-Mu

dan aku berlindung kepada-Mu dari seluruh kejahatan

yang ada pada kekuasaan-Mu.

Ya Allah,

Sesungguhnya aku berlindung kepada-Mu

dari kelemahan dan kemalasan, dari sikap pengecut dan bakhil.

Aku berlindung kepada-Mu dari siksa kubur

dan dari fitnah waktu hidup ataupun ketika mati…

Ameen.

Doa ini susunan dari penulis buku

‘Waspada Terhadap Futur’

Kata-kata akhir beliau:

Jangan kau berjalan pada keputusasaan

Pada alam ini terdapat sejuta harapan

Jangan berlalu mengarah pada kegelapan

Pada alam ini terdapat matahari

Semoga Allah S.W.T. merahmati beliau.

Cukup sampai sini dulu, duhai diriku dan saudara-saudara yang kukasihi…

Semoga utusan kerdil ini sedikit-sebanyak dapat meniupkan kembali semangatmu untuk terus berada di dalam saf dan angkatan da’wah ini, dengan pertolongan dan bantuan daripada Allah. Jika apa yang kau cari tiada di sini, ketahuilah bahawa di luar sana masih banyak saf-saf da’wah yang mempunyai harapan besar terhadap kamu.

La tahzan, innallaha ma’ana…

Wassalam.

Bumi Bertuah, 3 Ogos 2008 (1 Sya’ban 1429H)

Ummu Ayyash

Ps : Ana sangat suka akan warkah ini..jazakillahu khair kepada ukhti Maimunah diatas warkah ini…the timing sangat tepat, mengubat hati ini… ana uhibbuki fillah …

August 5, 2008

RiaDah MenYeMaRaKkaN ObOr KeKuaTaN


Dalam melingkari sebuah renca kehidupan,Pola-pola ketahanan diri or kesihatan merupakkan satu komponen utama dalam menggerakkan setiap aktivit hatta aktiviti sukan,study,dakwah dan sebagainya.Sehinggalah tidak mengherankan bila Nabi s.a.w menekankan dalam sabdanya yang bermaksud “..Seorang mukmin yang kuat itu lebih baik dan lebih disukai oleh allah s.w.t berbanding mukmin yang lemah…Hinggakan pepatah arab menyebut ..Minda yang cerdas bermula dari badan yang sihat.

Oleh itu sebagai seorang individu muslim.kita sepatutnya memberi hak ke atas diri or badan kita dengan melakukan aktiviti Riadah yakni bersukan untuk menguatkan tubuh badan agar menjadi sihat dan kuat,begitu juga diriku di bumi sheffield uk ini kekadang aktiviti riadah tu hanya sekali sebulan.Maklum lah semua bz ngan study dan kerja.

Renung-renungkan lah ……Doa yang lazim Rasulullah s.a.w tatapkan dibawah ini…….

Ya Allah,Aku memohon kepada engkau kesihatan yang baik di dunia dan di akhirat,Ya Allah,Aku memohon kepada engkau keampunan dan kesihatan yang baik dalam urusan agamamu,duniaku,ahli keluargaku dan hartaku…amen…